fbpx

Oh My Girl hilang populariti

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN Oh My Girl

DALAM ruang forum komuniti dalam talian, peminat kini heboh memperkatakan tentang populariti kumpulan Oh My Girl yang kian merosot berbanding kumpulan lain.

Seorang netizen membuat satu hantaran yang mempersoalkan populariti Oh My Girl yang jatuh merudum baru-baru ini.

“Mereka menunjukkan kenaikan memuncak semenjak lagu Queendom pada 2019 dan seterusnya melancarkan lagu Nonstop, Dolphin dan Dun Dun Dance pada 2021.

“Mereka juga dipilih memasuki carta top tahunan memiliki jumlah pendengar paling banyak (tempat ke-26) dan mengumpul lebih sejuta tontonan impak video yang dihasilkan peminat dalam saluran YouTube.

“Tetapi kenapa tiba-tiba sahaja peminat hilang minat terhadap kumpulan ini.

“Saya ingat mereka akan kekal seperti Girls Generation dan A Pink,” ujar peminat.

Terdapat juga segelintir peminat yang berpendapat persaingan daripada kumpulan-kumpulan yang sedang meningkat naik menyebabkan Oh My Girl terpinggir.

Namun, hingga kini pihak Oh My Girl tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI