fbpx

Lorong Rakyat, inisiatif penjenamaan Bank Rakyat tarik pengunjung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lorong Rakyat terletak di Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis mampu menarik lebih ramai pengunjung ke destinasi tersebut.

PETALING JAYA – Lorong Rakyat yang juga inisiatif penjenamaan Bank Rakyat di Kampung Nelayan Warna-Warni Seberang Ramai, Kuala Perlis mampu menarik lebih ramai pengunjung ke destinasi tersebut yang semakin terkenal dalam kalangan pengunjung tempatan dan luar negara.

Menurut kenyataan Bank Rakyat, pelbagai aktiviti penjenamaan dan pengindahan lain yang dilaksanakan oleh Bank Rakyat di kampung tersebut.

“Ia termasuk melaksanakan aktiviti mengecat 16 rumah secara gotong-royong bersama warga kerja cawangan Bank Rakyat serta penduduk kampung dengan kerjasama Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menerusi program kesukarelawanan BaktiRAKYAT Bank Rakyat.

“Selain itu, inisiatif Kebun Nuri Nutrisi Bank Rakyat turut dilaksanakan dengan kerjasama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bagi membantu penduduk kampung dalam kalangan B40 menjana pendapatan secara lestari dengan menguruskan tanaman.

“Hasil tersebut boleh dijual, sekali gus meningkatkan ekonomi mereka selain menjamin sekuriti makanan,” katanya hari ini.

Terdahulu, Inisiatif Lorong Rakyat tersebut disempurnakan oleh Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam satu majlis pelancaran baru-baru ini.

Memetik kenyataan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi merangkap Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Datuk Suriani Ahmad berkata, pelbagai program direncanakan sepanjang majlis tersebut berlangsung, termasuk program pertandingan mewarna Kelab Nuri melibatkan seramai 50 kanak-kanak.

Turut juga diadakan program penyerahan kelengkapan persekolahan Kelab Nuri iaitu beg sekolah dan set pakaian lengkap seperti tudung, baju, seluar, stoking serta kasut melibatkan seramai 350 murid dari empat sekolah di sekitar Perlis bagi meringankan beban ibu bapa murid B40.

Selain itu, Bank Rakyat turut menyerahkan zakat perniagaan bagi tahun kewangan berakhir 2021 sebanyak RM228,465 kepada MAIPs untuk diagihkan kepada asnaf
memerlukan di Perlis.

Sejak 2010, Bank Rakyat telah menunaikan zakat perniagaan kepada negeri Perlis sebanyak RM4.1 juta. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI