fbpx

[VIDEO] Keluarga Ira Kazar langgar perintah injunksi interim – Puteri Sarah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PUTERI SARAH

PETALING JAYA – Pelakon Puteri Sarah Liyana memberitahu salah seorang ahli keluarga Ira Kazar selaku defendan telah melanggar perintah injunksi interim apabila mengeluarkan kenyataan mengaitkan namanya dalam media sosial pada minggu lalu.

Sehubungan itu, Sarah memaklumkan peguamnya sudah pun melakukan penelitian berhubung kenyataan terbabit dan mendapati individu itu sudah pun melanggar perintah injuksi interim.

“Saya nak maklumkan ada ahli keluarga pihak sana (defendan) telah melanggar perintah injunksi. Jadi, hal berkenaan sudah diserahkan kepada peguam saya.

“Sepatutnya pihak sana diperintahkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan atau menyebut nama saya dalam media sosial.

“Pihak peguam dapat kesan ada individu daripada ahli keluarganya yang membuat kenyataan dalam media sosial dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku,” katanya kepada Kosmo! Online.

Ujar Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin lagi, dia mendapat tahu mengenai perkara itu selepas dimaklumkan sendiri oleh netizen kepadanya.

“Jujurnya saya hanya dapat tahu perkara tersebut apabila diberitahu oleh netizen. Ikutkan saya memang tidak ambil tahu sebab terlalu sibuk dengan kerja.

“Namun netizen sendiri yang maklumkan kepada saya. Selepas mengetahui tentang perkara itu, saya terus serahkan kepada peguam untuk mendapatkan kepastian adakah melanggar atau tidak.

“Jadi, peguam sudah mengesahkan defendan sudah melanggar perintah dan surat daripada pihak peguam saya sudah diserahkan kepada individu tersebut semalam,” ujarnya.

Sarah yang ditemui ketika majlis anjuran Body Flasshh di Hotel JW Marriot, di sini, hari ini turut memberitahu peguamnya juga telah menghantar satu notis komital iaitu penghinaan terhadap perintah injuksi mahkamah bertarikh 4 Julai kepada individu itu, semalam.

Terdahulu, Pada 30 Jun lalu, ibu kepada dua cahaya mata itu memfailkan saman terhadap seorang wanita yang didakwa mengganggu rumah tangganya sejak empat tahun lepas.

Malah, dia juga mendapatkan perintah injuksi interim kepada pihak defendan agar berhenti meluah atau menyebarkan sebarang gangguan dalam media sosial.

Pergolakan rumah tangga Puteri Sarah dan suaminya, Syamsul Yusof berlarutan sejak empat tahun lalu selepas wanita itu mengganggunya bermula 2019.

Susulan itu, Puteri Sarah mengakui tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul yang dikahwininya sejak 2014.

Puteri Sarah, 37, berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI