fbpx

Diundi bertemu Manchester United paling sukar – Xavi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
XAVI akur apabila terpaksa menentang lawan sukar seperti United selain berdepan penyerang The Red Devils, Ronaldo di pusingan kalah mati playoff Liga Europa pada Februari depan. – AFP

BARCELONA – Pengendali Barcelona, Xavi Hernandez melahirkan rasa bimbang dengan peluang skuad bimbingannya selepas diundi bertemu Manchester United dalam aksi play-off Liga Europa pada Februari tahun depan.

Bagi Xavi, ia adalah undian paling sukar buat The Catalans selepas kelab gergasi La Liga itu jatuh ke saingan Liga Europa susulan gagal melayakkan diri ke peringkat kalah mati Liga Juara-Juara musim ini.

Ini adalah kali kedua berturut-turut Barcelona beraksi di pentas Liga Europa selepas musim lalu menyaksikan gergasi Sepanyol itu disingkirkan oleh Eintracht Frankfurt di peringkat suku akhir.

“Kami tiada pilihan apabila terpaksa menentang lawan sukar seperti United pada 17 Februari 2023 sebelum aksi timbal balik di Old Trafford seminggu kemudian.

“Ini ibarat satu pertemuan bersejarah kerana United ketika ini sangat berbeza di bawah kendalian Erik ten Hag. Mereka mempunyai ramain pemain yang sangat berkualiti.

“Ia satu cabaran terbesar buat kami dan saya harap para pemain bermotivasi tinggi untuk menghadapi perlawanan itu nanti. Sasaran kami tidak berubah iaitu menjuarai Liga Europa,” kata Xavi.

Lebih membimbangkan buat Barcelona adalah kali ini perlu berdepan penyerang The Red Devils, Cristiano Ronaldo yang sudah meledak 20 gol dalam 35 aksi menentang mereka.

Biarpun sudah berusia 37 tahun tetapi Ronaldo masih dianggap berbahaya kerana sentiasa mempunyai rekod baik setiap kali beraksi menentang The Cata­lans sama ada ketika mewakili Real Madrid atau Juventus. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI