fbpx

Cuaca baik seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Cuaca di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak diramal dalam keadaan baik dan cerah ekoran tiada laporan amaran ribut petir dan hujan lebat dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) pada pagi ini.

Namun MetMalaysia sebelumnya berkata, berdasarkan analisis model MetMalaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), penumpuan angin dijangka berlaku di pantai timur Semenanjung dan barat Sarawak.

“Keadaan ini berpotensi menghasilkan hujan berterusan yang membawa hujan lebat dan angin kencang di pantai timur Semenanjung sehingga 11 November 2022.

“Pada masa sama negeri-negeri di pantai barat Semenanjung dan Sarawak juga dijangka mengalami hujan lebat dan ribut petir lebih kerap pada petang hingga malam,” katanya.

Orang awam dinasihatkan sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan semua media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI