fbpx

Calon tidak dapat duduki UPKK boleh kemukakan rayuan – Jakim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Calon Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) 2022 yang terkesan dan tidak boleh menduduki ujian itu pada 28 November hingga 1 Disember ini boleh mengemukakan rayuan masing-masing.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Hakimah Mohd. Yusoff berkata, pihaknya memahami kekangan dan maklum balas ibu bapa mengenai ujian berkenaan.

Beliau berkata, pihaknya mahu ibu bapa mengemukakan rayuan beserta dokumen sokongan yang berkaitan kepada Agensi Pelaksana (Pihak Berkuasa Agama di negeri masing-masing) sebelum 15 November ini.

“Keputusan rayuan akan dimaklumkan oleh Agensi Pelaksana kepada calon-calon yang berkenaan sahaja.

“Jakim sentiasa prihatin dengan keputusan yang telah ditetapkan serta menghargai komitmen semua pihak terhadap keadilan kepada semua calon UPKK Tahun 2022,” katanya menerusi kenyataan akhbar hari ini.

Sebelum ini, Jakim memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan UPKK yang sepatutnya berlangsung pada 14 hingga 17 November ini bagi memberi ruang persediaan serta pelaksanaan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Tarikh baharu pelaksanaan UPKK (Bertulis) bermula pada 28 November bagi subjek Ulum Syariah (Akidah Dan Ibadah), Sirah Jawi Dan Khat (29 November), Adab (30 November) dan Lughah al-Quran (1 Disember). – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI