fbpx

PRU15: Harta Anwar Ibrahim bernilai RM11 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR – Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan beliau telah melakukan pengisytiharan harta sebagai syarat untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Anwar yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikatakan memiliki aset bersih bernilai sebanyak RM11.17 juta.

Menurut beliau, pengisytiharan tersebut tertangguh sedikit kerana terpaksa menandatangani Akuan Berkanun (SD) di hadapan peguam dan pesuruhjaya sumpah.

“Saya sudah buat, semuanya selesai cuma tempoh hari saya belum tandatangan kerana belum pulang ke Kuala Lumpur.

“Sebelum ini, saya berkempen di Johor, saya baru pulang pukul 2 pagi dan bergegas untuk selesaikan SD,” katanya selepas menyertai Dialog Ada Apa Dengan Korupsi di Bangsar di sini hari ini.

Tambahnya, presiden mana-mana parti yang bertanding pada PRU15 perlu mengisytiharkan harta masing-masing.

“Sepatutnya mereka juga harus mengisytiharkan harta mereka, Pas dan Bersatu juga sama. Perlu berani berdepan dengan pengundi,” katanya.

Terdahulu, sebahagian besar daripada 72 calon PKR membuat pengisytiharaan aset mereka kelmarin.

Sebelum ini, media turut melaporkan penyataan pengisytiharan harta oleh Anwar Ibrahim masih belum dikemas kini. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI