fbpx

29,000 anggota bomba siap siaga, cuti dibeku hadapi banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Reezal Merican (kanan) ketika Program Kenduri Rakyat di Kampung Bunut Cherakah, Kuala Selangor.

KUALA SELANGOR – Seramai 29,000 anggota bomba dalam tahap kesiapsiagaan tinggi menghadapi banjir terutama ketika hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) di seluruh negara.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, kesiapsiagaan itu bukan hanya melibatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), malah dibantu pasukan bomba bantuan dan sukarela.

“Anggota dan aset bomba sudah diatur gerak dan sentiasa bersiap siaga membantu terutama dalam situasi kecemasan.

“Kesiapsiagaan itu sudah bermula awal dan kita meneliti sebarang kebarangkalian dalam semua aspek termasuk laporan daripada Jabatan Meteorologi (MetMalaysia),” katanya ketika ditemui pada program Kenduri Rakyat di Kampung Bunut Cherakah di sini, hari ini.

Jelas beliau, cuti pegawai dan anggota turut dibekukan bagi persediaan operasi membantu dan menyelamat mangsa banjir.

“Selain itu, waktu operasi penugasan dilanjutkan dari 12 jam kepada 24 jam. Pasukan Gerak Cepat (Red Team) turut digerakkan bagi memantapkan persiapan  khidmat kebombaan dan penyelamatan sedia ada,” ujarnya.-KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI