fbpx

12 pasukan memburu Piala Dunia MiniFootball SAM-Media

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ROZAIDI (tengah) menerima bola daripada Ab. Ghani sebagai simbolik MFL sebagai penaja bola rasmi kejohanan Piala Dunia MiniFootball SAM-Media 2022.

KUALA LUMPUR – Menjelang Piala Dunia Qatar 2022, Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) mengambil peluang untuk menghangatkan lagi kejohanan berprestij itu dengan menganjurkan pertandingan Piala Dunia MiniFootball SAM-Media 2022, pada 12 November ini.

Pengerusi Jawatankuasa Exco Sukan SAM Bazly Azmi berkata, sejak penyertaan dibuka pada 3 hingga 7 November, kejohanan itu telah mendapat sambutan cukup menggalakkan dengan penyertaan penuh 12 pasukan dalam kalangan pengamal media sukan Malaysia.

Antara agensi yang terlibat adalah Utusan Malaysia, Kosmo!, TV3, RTM, BERNAMA, Harian Metro, Berita Harian, MFL, Astro Awani, Cakap Sukan, NST dan Astro Arena.

“Bukan sahaja hebat menulis berita malah kami juga hebat bersukan. Kejohanan ini bakal menjadi penentu siapa yang terbaik dalam kalangan terbaik.

“Objektif utama kejohanan ini adalah bagi mengeratkan lagi hubungan antara pengamal-pengamal media sukan di Malaysia, selain menghangatkan saingan Piala Dunia yang bakal berlangsung 20 November ini,” katanya.

Kejohanan berkenaan akan diadakan Sabtu ini di Padang Turf Majlis Sukan Negara (MSN) Bukit Jalil dengan sepak mula dijadualkan bermula pukul 8 pagi.

Mengikut format pertandingan, 12 pasukan akan berentap dalam dua kumpulan secara round-robin sebelum dua pasukan terbaik dalam setiap kumpulan layak beraksi di separuh akhir dan seterusnya penentuan juara.

Empat pasukan terbaik akan membawa pulang hadiah wang tunai dengan tempat ke-3 dan 4 meraih RM250, naib juara RM500 manakala juara RM1,000 serta trofi.

Dalam pada itu, Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) menjadi penaja bola rasmi kejohanan Piala Dunia MiniFootball SAM-Media 2022.

Majlis ringkas penyerahan disempurnakan Presidennya MFL, Datuk Ab Ghani Hassan kepada Timbalan Pengerusi Exco Sukan SAM Rozaidi Zulkifli. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI