fbpx

10,000 suntikan Pneumococal percuma di Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Sebanyak 10,000 dos vaksin Influenza – Pneumococal diberikan secara percuma kepada golongan rentan yang dikenalpasti berisiko tinggi di Selangor.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, ini memfokuskan kepada rumah-rumah jagaan orang tua, warga emas serta pemegang kad iltizam Selangor Sihat (SIS) bagi fasa pertama program ini.

Katanya, program melibatkan peruntukkan RM1.5juta itu akan bermula 14 November sehingga 31 Disember depan.

“Program ini akan dilaksanakan melalui dua kaedah iaitu Selvax Mobile Team dan klinik-klinik Selcare.

“Keputusan diambil selepas mengambil kira statistik penyakit jangkitan penafasan yang meningkat dan mendatangkan risiko kepada penduduk di Selangor terutamanya warga emas sekiranya dijangkiti Covid-19 didapati ada tanda-tanda perebakan besar khususnya sempena kempen pilihan raya ini,” katanya pada sidang akhbar hari ini. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI