fbpx

Wanita China maut jatuh dari tingkat 12 kerana tertekan dikuarantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa jatuh dari tingkat 12 bangunan apartmen selepas tertekan menjalani kuarantin. – Twitter

BEIJING – Seorang wanita maut terjatuh dari tingkat 12 sebuah bangunan pangsapuri di China akibat tertekan selepas rumahnya dikunci dari luar ketika menjalani perintah berkurung Covid-19, lapor akhbar Daily Star semalam.

Wanita berusia 55 tahun yang hanya dikenali sebagai Wang itu dilaporkan mengalami masalah kesihatan mental.

Bangunan apartmen  tersebut di daerah Xincheng di Hohhot yang merupakan sebuah bandar di wilayah Inner Mongolia, dikuarantin selepas dua kes Covid-19 dilaporkan pada 26 Oktober lalu.

Pegawai tempatan mengeluarkan kenyataan Ahad lalu menyatakan bahawa ahli keluarga mangsa telah menghubungi pekerja komuniti yang bertugas serta menelefon talian kecemasan pasukan perubatan tempatan.

Namun, beliau mengaku gagal memberikan bantuan mencukupi bagi menangani situasi yang dihadapi  oleh Wang.

Menurut laporan, pagar besi kediaman wanita itu telah dikunci dari luar yang menyebabkan mangsa terdesak untuk keluar.

Laporan di media sosial China, Weibo, mendakwa bahawa anak perempuan Wang yang berusia 29 tahun meminta pengurus bangunan agar menghubungi talian kecemasan. 

Pengurus tersebut kemudian menyuruh wanita itu agar menelefon sendiri (talian kecemasan) kerana dia  sedang sibuk.

Satu rakaman audio turut mendedahkan bunyi anak perempuan mangsa mengetuk pagar dan merayu pekerja kebajikan agar membuka pintu rumah ibunya.

“Buka pintu ini, buka pintu ini! Tolonglah, saya merayu,” kata anak mangsa.

Menurut kenyataan pihak berkuasa tempatan, siasatan mendapati bahawa pengurusan dan anggota masyarakat lambat bertindak balas, tidak bertindak balas dengan betul dan tidak sensitif terhadap kecemasan.

“Insiden ini mendedahkan kelewatan dalam perkhidmatan hartanah kediaman serta kelemahan dalam kerja-kerja kemasyarakatan. Ia  menggambarkan ketidaksempurnaan mekanisme penghantaran kecemasan,” kata kenyataan tersebut. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI