fbpx

Sekufu penting elak suami isteri bercerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan
NUR EMIRA SAIZALI, WARTAWAN EKSEKUTIF

MEMILIKI rumah tangga yang harmoni dan bahagia sememangnya menjadi impian untuk setiap pasangan suami isteri.

Namun, bukan sahaja pasa­ngan berumah tangga tetapi termasuk juga yang masih solo dan sedang mencari pasangan hidup.

Semua itu diluahkan segelintir individu dalam media sosial dan paling menarik perhatian semestinya kriteria pasangan yang mereka inginkan iaitu sekufu.

Sekufu bagi mereka bukan sahaja berdasarkan harta benda tetapi termasuk cara pemikiran dan gaya hidup agar tidak mencetuskan sebarang kom­plikasi dalam hubungan kelak.

Bagi beberapa individu, memiliki pasangan yang sekufu boleh menjamin kebahagiaan rumah tangga dan dapat mengurangkan risiko perceraian.

Jika diamati, tiada persefahaman antara suami isteri adalah punca utama perceraian.

Perkara tersebut turut dipersetujui oleh Pakar Perunding Kaunselor Kekeluargaan dan Perkahwinan, Hushim Salleh yang berpandangan, wanita mahupun lelaki digalakkan untuk memiliki pasangan yang setaraf demi menjamin keharmonian rumah tangga.

Katanya, sekufu bukan sahaja terikat pada perbezaan harta dan pangkat pekerjaan antara pasangan, malah aliran pemikiran juga perlu dititikberatkan sebelum mendirikan rumah tangga.

“Dalam Islam memang sekufu itu perlu diambil kira sebelum mencari jodoh, namun realitinya bukan hanya mengenai harta.

“Sekufu termasuk juga cara pemikiran yang setaraf antara pasangan. Banyak kes ­perce­rai­an berlaku disebabkan hal ini,” katanya.

Ujar Hushim, meskipun harta dan pangkat setaraf, namun sekiranya cara pemikiran berbeza, pasangan tersebut boleh dikatakan masih tidak sekufu.

“Ada pasangan berbeza taraf pendidikan, tetapi cara berfikir sama dan mereka bahagia.

“Hal tersebut penting bagi mewujudkan persefahaman antara pasangan. Jika pemikiran serupa, perbalahan atau pergaduhan sesama pasangan juga dapat diminimumkan,” jelasnya.

Dalam pada itu, sekufu dalam kemahiran insaniah, emosi dan sejiwa juga penting untuk mana-mana pasangan.

“Ramai pandang remeh terhadap dua kriteria ini sedangkan ia sangat penting bagi menjamin hubungan sesama pasangan kekal bahagia.

“Menjadi pendengar yang baik, mempunyai ihsan terhadap pasangan dan sejiwa. Semua itu perlu diambil kira dalam mencari pasangan yang sekufu selain harta dan agama,” katanya lagi.

Tambahnya, terdapat juga segelintir individu yang meletakkan syarat bentuk fizikal menarik untuk dijadikan calon isteri atau suami.

“Selain itu, bentuk fizikal juga antara yang menjadi syarat sekufu golongan muda zaman sekarang.

“Ada yang menolak pasangan bertubuh gempal dan sebaliknya supaya kelihatan secocok dengan diri sendiri.

“Terdapat pelbagai syarat di­letakkan, tetapi semuanya harus berbalik semula kepada niat untuk mendirikan rumah tangga. Adakah untuk kepuasan sendiri atau tuntutan agama?” katanya.

 

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI