fbpx

‘Punggung Kim Kardashian’, Jaclyn tak kisah gurauan Nabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACLYN VICTOR dilihat pelik dalam persalinan gaya Victorian pada malam konsert minggu kelapan GV9. Ahad lalu.

PETALING JAYA – Penyanyi popular Jaclyn Victor tidak berkecil hati dengan gurauan pengacara tetap Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Nabil Ahmad mengenai busana yang dipakainya pada konsert minggu kelapan baru-baru ini.

Menggayakan gaun unggu gelap, persalinan Jacyn atau pada konsert GV9 Ahad lalu pada mulanya tidak menimbulkan sebarang isu sehinggalah penampilan tersebut ditegur Nabil, kononnya mirip selebriti ternama Amerika Syarikat, Kim Kardashian.

Menurut Jaclyn atau lebih mesra disapa Jac, dia tidak sengaja hendak menjadikan pakaiannya sebagai bahan lawak Nabil, sebaliknya sekadar mengetengahkan sedikit kelainan dengan gaya klasik.

“Konsep yang hendak saya ketengahkan ialah gaya Victorian. Mungkin dari bahagian sisi, kelihatan seperti punggung.

“Namun, saya okey sahaja dengan gurauan tersebut dan terhibur dengan lawak Nabil,” katanya.

Pada Ahad lalu, busana yang digayakan pelantun lagu Gemilang itu meraih kritikan ramai kerana bentuknya yang dikatakan pelik.

Terdahulu, pada konsert yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA, Shah Alam, Jaclyn meraih markah tertinggi daripada barisan juri tetap menerusi lagu Lelaki Ini dendangan asal Anuar Zain. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI