fbpx

PRU15: Manifesto BN realistik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ISMAIL Sabri beramah mesra dengan orang ramai pada majlis kenduri kampung bersama penduduk Kampung Bohor Baru di Bera hari ini.

BERA – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, manifesto Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) adalah realistik dan bukannya janji melampau untuk membeli undi.

Beliau yang juga Naib Presiden UMNO berkata, manifesto BN berpijak di bumi nyata apabila apa dibentangkan dalam manifesto sedia dilaksanakan dengan kebanyakannya telah dimasukkan dalam Bajet 2023.

“Sebagai contoh menghapuskan kemiskinan mutlak melalui skim bantuan pendapatan asas yang dikreditkan automatik setiap bulan kepada isi rumah yang mempunyai pendapatan kurang RM2,208.

“Kita melalui bantuan Keluarga Malaysia kepada mereka mempunyai anak lima, bantuan terus tunai RM2500, ini melebihi garis kemiskinan. Apa yang kita buat sudah pun dimasukkan dalam Bajet 2023,”katanya dalam sidang akhbar pada majlis kenduri kampung bersama penduduk Kampung Bohor Baru di sini hari ini.

Tambahnya dalam aspek pendidikan, inisiatif yang dilakukan adalah sistem asuhan dan pendidikan awal nasional percuma kepada semua kanak-kanak berusia enam tahun dan ke bawah serta sistem persekolahan tanpa buku teks serta serahan komputer riba percuma.

Dalam pada itu beliau berkata BN tidak pernah menjanjikan bulan dan bintang seperti pembangkang dan sentiasa memastikan setiap janji dapat dilaksanakan dengan baik.

Katanya, berdasarkan kepada manifesto yang dibentangkan itu kerajaan BN akan membawanya bersama dengan Bajet 2023 untuk dilaksanakan.

“Apa yang kita bentang dalam manifesto BN kita bersandarkan kepada Bajet 2023 dan ada cadangan baru dalam manifesto kita. Ia (Bajet 2023) akan ditambah baik apabila kita bentangkan semula,”katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI