fbpx

PRU15: Individu bakar mercun, rosakkan bendera parti diburu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bendera parti Barisan Nasional (BN) dilihat dicabut dan dibuang dalam kejadian di Kampung Sri Makmur, Plentong.

JOHOR BAHRU – Polis Johor telah membuka dua kertas siasatan berhubung insiden yang berlaku ketika tempoh berkempen bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) hingga semalam.

Jurucakap Media PRU15 Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Superintendan Ibrahim Mat Som berkata, ia melibatkan insiden membakar bunga api dan mercun serta perbuatan khianat merosakkan bendera parti.

“Siasatan pertama dibuat bagi kes sebuah parti yang sedang berkempen kemudian membakar mercun dan bunga api di Buloh Kasap, Segamat, manakala satu lagi siasatan berkaitan khianat merosakkan bendera parti di Kampung Sri Makmur, Plentong.

“Dua kertas siasatan ini dibuka dan disiasat di bawah peruntukkan undang-undang iaitu Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ibrahim memberitahu, polis Johor juga telah meluluskan sebanyak 116 permit di seluruh negeri, semalam.

Katanya, jumlah itu menjadikan jumlah permit yang diluluskan meningkat kepada 297 permit sejak hari penamaan calon, pada Sabtu lalu.

Dalam pada itu, beliau berkata, polis Johor turut menasihatkan supaya semua parti serta kumpulan penyokong menghormati antara satu sama lain serta tidak melakukan kerosakan seperti mencabut atau membakar terhadap poster, banner, bendera, kain rentang mana-mana parti politik.

“Semua parti diingatkan supaya tidak memasang bendera atau apa jua bahan kempen yang boleh menghalang papan tanda lalu lintas dalam tempoh masa berkempen.

“Sekiranya mempunyai sebarang permasalahan yang timbul, mana-mana pihak boleh merujuk kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya berlandaskan undang-undang yang sedia ada,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI