fbpx

PRU15: Harga sayur tidak menentu resahkan peniaga RTC Tunjong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul Amal (dua dari kiri) bertemu dengan peniaga sayur-sayuran di RTC Tunjong, Kota Bharu hari ini. - Foto ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Rata-rata peniaga di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini resah apabila harga sayur-sayuran ketika ini tidak menentu sehingga menjejaskan pendapatan mereka.

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Kubang Kerian, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi berkata, beliau mendapat banyak rungutan daripada peniaga semasa menjalankan kempen di kawasan tersebut hari ini.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan pendapatan kebanyakan peniaga terjejas terutamanya semasa musim tengkujuh apabila harga runcit sayur-sayuran tidak menentu ditambah pula dengan kekurangan bekalan.

“Saya difahamkan, hasil jualan mereka murudum lebih separuh setiap hari sejak beberapa bulan lalu. Ada yang sebelum ini mendapat hasil jualan kira-kira RM1,000 hingga RM2,000 sehari, namun menurun kepada RM500.

“Keluhan peniaga di RTC ini akan dibawa ke peringkat tertinggi kerana ia sudah melibatkan ekonomi penduduk di Parlimen Kubang Kerian. Sekiranya pendapatan terjejas, sudah tentu mereka sukar untuk meneruskan perniagaan,” katanya ketika ditemui Kosmo! semasa berkempen di RTC Tunjong di sini.

Menurut Nurul Akmal, beliau dapat merasakan peniaga di RTC seperti mahu angin perubahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk membawa suara mereka di Kubang Kerian di Dewan Rakyat.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI