fbpx

PRU15: Aminuddin enggan hirau pihak guna fitnah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aminuddin (tiga dari kanan) ketika berucap pada majlis perjumpaan dengan MCA Tambun di Ipoh semalam. - Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

IPOH – Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Tambun, Datuk Aminuddin Md. Hanafiah (BN) mengakui ada pihak cuba menyebarkan fitnah dan menjatuhkan namanya ketika kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berlangsung.

Bagaimanapun, Aminuddin yang juga Ketua UMNO Bahagian Tambun enggan mengendahkan tohmahan itu walaupun ia diakui sedikit mengganggu fokusnya pada pilihan raya kali ini.

“Sedikit sebanyak ada juga (ganggu tumpuan), tapi bila fikir semula sampai bila rakyat mahu disajikan dengan cerita begini?

“Kalau saya melakukan kesalahan, lapor kepada polis dan SPRM, tiada masalah pun. Kenapa mahu reka cerita kononnya saya dan Datuk Seri Saarani (Menteri Besar) terlibat dengan penjualan tanah kubur? Tanah kubur itu rizab wakaf, siapa yang boleh jual?” katanya ketika ditemui selepas bertemu penduduk di Kampung Baru Tanah Hitam, Chemor di sini semalam.

Menurut Aminuddin, beliau akan mendapatkan nasihat dan pandangan daripada peguam berhubung tindakan lanjut berkaitan penyebaran fitnah itu.

Katanya, beliau bukan sahaja mengenali individu yang bertanggungjawab malah mengetahui ia disebarkan mewakili pihak mana.

“Kenapa? Takut dengan saya ke? Saya tahu dia buat untuk siapa. Saya ini budak kecil, tapi mereka lain. Tapi tidak apa, mereka buat cara mereka, saya tidak peduli,” katanya.

Mengulas lanjut Aminuddin berkata, kempen politik secara matang perlu diamalkan setiap calon berbanding menggunakan pendekatan memburukkan pihak lawan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI