fbpx

Mahkamah: Video sumbang ‘muah-muah raya’ Vida mengaku tidak bersalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vida ditemani anaknya Cik B ketika hadir di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

SEPANG – Jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas kesalahan membuat hantaran komunikasi bersifat sumbang dalam satu video muzik ‘muah-muah raya’ April lalu.

Vida atau nama sebenarnya, Hasmiza Othman, 51, selaku orang kena saman (OKS), membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Fuad Othman.

Mengikut pertuduhan, OKS didakwa dengan menggunakan aplikasi akaun YouTube ‘DSV Entertaiment’ telah secara sedar membuat dan memulakan penghantaran komunikasi iaitu video yang sumbang sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain.

Hantaran itu didakwa dilakukan pada 29 April lalu yang kemudian telah dilihat pukul 11.06 pagi pada 5 Mei lalu di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia(SKMM), Cyberjaya.

Berikutan itu pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan boleh dihukum bawah seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum setahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya SKMM, Fazril Sani Mohamed Fadzil mencadangkan OKS diberi ikat jamin sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin.

Bagaimanapun, Vida yang diwakili peguam, Datuk Adnan Seman merayu agar jumlah itu dikurangkan kepada RM2,000 kerana ini merupakan kali pertama anak guamnya dituduh di mahkamah.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Hakim Ahmad Fuad membenarkan Vida diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 7 Disember depan untuk serahan dokumen.

Sebelum ini, konsep video muzik yang diketengahkan usahawan itu dikritik netizen selepas ia dianggap seolah-olah tidak menghormati Aidilfitri apabila ia kelihatan seperti menampilkan unsur ‘drag queen’.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI