SEPANG – Ahli perniagaan wanita terkenal tiba di Mahkamah Sesyen di sini sebentar tadi bagi pendakwaan kesalahan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi yang bersifat sumbang.
Jutawan kosmetik yang berusia 50-an itu tiba pukul 9.45 pagi bersama anak perempuannya dengan menaiki sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam.
Semalam Jabatan Komunikasi Korporat, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dalam kenyataannya berkata, wanita berkenaan akan didakwa di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Ahli perniagaan itu sebelum ini pernah mencetuskan beberapa kontroversi melalui kandungan yang disifatkan sebagai tidak sesuai untuk ditonton yang dimuat naik di aplikasi Instagram dan TikTok serta laman web YouTube. – KOSMO! ONLINE