fbpx

Kes khianat potong bendera serta poster BN disiasat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bendera dan poster parti dipotong oleh individu tidak diketahui di TTDI semalam.

KUALA LUMPUR – Polis membuka kertas siasatan kes khianat bendera dan poster parti Barisan Nasional (BN) yang berlaku di kawan Taman Tun Dr Ismail di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Hj Abdul Shukor berkata, pihaknya menerima laporan daripada Ketua Pemuda Barisan Nasional Cawangan Lembah Kiara.

“Pengadu berusia 33 tahun itu mendapat makluman daripada rakannya melalui aplikasi WhatsApp bahawa bendera dan poster parti berkenaan telah dirosakkan oleh seseorang.

“Pengadu telah pergi ke tempat kejadian bagi mengesahkannya dan mendapati tali yang gantung bendera dan poster parti berkenaan telah dipotong,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hasil siasatan awal mendapati tempat kejadian pertama berlaku di Persimpangan Jalan Athinahpan TTDI, Kuala Lumpur dan tempat kejadian kedua berlaku di jambatan di Jalan Burhanuddin Helmi 1 di mana bendera parti Bariyang digantung dengan tali plastik serta poster telah dikhianat dengan cara memotong tali plastik pada bendera dan poster.

“Tiada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dari kediaman yang fokus ke tempat kejadian.

“Sementara itu, CCTV daripada Integrated Transport Information System (ITIS) di tempat kejadian,” jelasnya.

Menurutnya, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan berkaitan jenayah Khianat yang memperuntukkan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

“Saya mengingatkan kepada semua yang terlibat semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dan mana-mana individu supaya tidak membuat apa-apa provokasi yang boleh mengganggu proses demokrasi negara ini.

“Seterusnya, ahli-ahli parti politik juga diingatkan supaya mengawal penyokong setiap parti agar tidak melakukan apa-apa perbuatan yang bercanggah dengan undang-undang dan peraturan,” tegasnya.

Amihizam berkata, sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI