fbpx

Kerajaan import ikan dari Thailand tampung keperluan musim tengkujuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nik Muhammad Zawawi (dua dari kanan) menyampaikan replika cek bantuan kepada peserta Agropreneur Muda di Pejabat Pertanian Daerah Pasir Puteh hari ini. -Foto TOREK SULONG

PASIR PUTEH – Kerajaan mengimport bekalan ikan dari Thailand bagi menampung keperluan pengguna di seluruh negara semasa musim Monson Timur Laut tahun ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, Datuk Dr. Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, meskipun nelayan tidak dapat turun ke laut, kerajaan khususnya agensi perikanan telah menyusun strategi dan persediaan awal dalam menghadapi fenomena semasa.

Menurutnya, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia juga telah bersiap sedia menghadapi masalah musim tengkujuh setiap hujung tahun dengan menyediakan bekalan ikan yang mencukupi.

“Bagi memastikan bekalan mencukupi, kerajaan telah mengimport ikan dari Thailand. Jadi, rakyat tidak perlu bimbang terhadap kemungkinan bekalan makanan tidak mencukupi semasa musim tengkujuh.

“Kebiasaannya, musim tengkujuh berlaku dalam tempoh yang singkat sehingga menyebabkan nelayan tidak dapat turun ke laut. Kita masih ada bekalan ikan segar secara akukultur dan ternakan ikan darat,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Insentif Peruntukkan Pembangunan Persekutuan Tahun 2022 Peringkat Pasir Puteh di Pejabat Pertanian Daerah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Nik Muhammad Zawawi berkata, selepas musim tengkujuh, nelayan zon A bakal boleh menangkap udang menerusi kebenaran berlesen Pukat Tunda Musim Tengkujuh.

Katanya, harga udang yang tinggi membolehkan nelayan pesisir pantai memperoleh pendapatan yang lebih berbanding musim biasa, namun ia terhad sehingga bulan Februari sahaja.

“Lesen kebenaran untuk bot-bot kecil tepi pantai sedang diproses dan kita berharap nelayan mematuhi prosedur yang telah ditetapkan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI