fbpx

Kemenangan KL City dirompak?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERLAKU pergeseran antara pemain dan pegawai TFC serta KL City pada aksi pertama suku akhir di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur kelmarin. – AMIR KHALID

ISU pengadilan seakan tidak pernah lupus pada saingan Liga Malaysia (Liga M) dan kali ini mencetuskan kontroversi ketika Terengganu FC (TFC) meraih kemenangan 1-0 ke atas Kuala Lumpur City (KL City) di peringkat suku akhir Piala Malaysia di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur kelmarin.

Di sebalik aksi panas yang berlangsung, KL City jelas mene­rima kesan cukup besar terutamanya rakaman perlawanan menunjukkan bola terlebih dulu ter­kena tangan pemain TFC sebelum Kpah Sherman meledak gol kemenangan pelawat pada minit ke-14.

Situasi itu jelas menghadirkan rasa kurang senang buat kem The City Boys dan pengendalinya, Bojan Hodak yang seakan-akan kelu untuk mengulas lanjut tentang jaringan tersebut.

“Pertamanya, suasana di stadium cukup hebat, perlawanan juga berlangsung bagus dan sebenarnya kami patut menang kerana mampu tampil lebih baik. Bukan bercakap tentang pengadil kerana ia tidak ada guna.

“Jika bercakap tentang pengadil, saya akan didenda. Kamu lihat video? Kamu sendiri lihat dan jika saya katakannya, saya akan didenda,” katanya.

Bagaimanapun, lebih 4,000 penonton yang hadir ke stadium dihidangkan aksi cukup berkualiti daripada kedua-dua pasukan dan turut menyaksikan satu layangan kad merah kepada penjaga gol Terengganu, Mohd Suhaimi Husin.

Tambah panas, sejurus wisel penamat ditiupkan, berlaku pergeseran antara pemain serta pegawai kedua-dua pasukan, namun situasi tegang itu tidak berlarutan apabila berjaya di­leraikan oleh polis.

Untuk layak ke separuh akhir, KL City yang juga juara bertahan tiada pilihan lain kecuali perlu memastikan kemenangan dengan margin dua gol pada aksi kedua di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Sabtu ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI