fbpx

Kecederaan Mbappe tidak begitu serius

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MBAPPE (kanan) terpaksa dikeluarkan pada penghujung perlawanan selepas mengalami kecederaan ketika menentang Lorient awal pagi semalam. – AFP

LORIENT – Pengendali Paris Saint-Germain (PSG), Christophe Galtier memberi jaminan Kylian Mbappe tidak mengalami kece­deraan serius sehingga terlepas peluang beraksi pada Piala Dunia Qatar 2022 hujung bulan ini.

Penyerang sensasi PSG ber­usia 23 tahun itu terpaksa dikeluarkan pada minit ke-85 ketika mencatat kemenangan 2-1 ke atas Lorient pada aksi Ligue 1 di Stade du Moustoir kelmarin.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan dalam kem Perancis kerana sudah pun kehilangan N’Golo Kante dan Paul Pogba dalam usaha mempertahankan gelaran Piala Dunia dimenangi pada 2018.

“Kita mendapat berita me­ngenai kecederaan Karim (Benzema), tetapi buat Kylian (Mbappe) ia tidak serius. Saya tidak mahu mengambil risiko dan memilih untuk mengeluarkannya.

“Tidak perlu bimbang kerana (kecederaan) ini mungkin di­sebabkan kepenatan perlu mengharungi banyak perlawanan dalam tempoh yang singkat.

“Dia juga kelihatan sangat penat ketika menentang Juventus (Liga Juara-Juara) pada Rabu lalu. Jadi, saya faham kebimba­ngan orang ramai kerana selepas ini adalah Piala Dunia,” kata Galtier.

Dalam aksi itu, PSG terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Neymar pada minit kesembilan sebelum Terem Moffi menyamakan kedudukan buat Lorient di separuh masa kedua.

Danilo Pereira muncul wira PSG apabila meledak gol kemenangan pada minit ke-81 membolehkan Les Parisiens meng­ungguli carta Ligue 1 dengan kelebihan lima mata ke atas RC Lens di tangga kedua. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI