fbpx

Jokowi terima anugerah keamanan antarabangsa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Setiausaha Agung ADFP menyerahkan anugerah keamanan kepada Jokowi. - Detik

JAKARTA – Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menerima anugerah antarabangsa dalam bidang keamanan iaitu Hadiah Keamanan Antarabangsa Imam Hasan bin Ali semasa Forum Keamanan Abu Dhabi (ADFP), lapor stesen penyiaran CNN Indonesia semalam.

Setiausaha Agung ADFP, Syeikh Abdullah bin al-Mahfuz bin Bayyah berkata, anugerah itu diberikan kepada tokoh yang telah menyumbang kepada keamanan antarabangsa.

“Kami berada di sini hari ini (semalam) untuk menyampaikan anugerah antarabangsa Imam Hasan bin Ali 2022 kepada Presiden Joko Widodo, Presiden Indonesia.

“Ia adalah penghargaan kerana dedikasi beliau dalam mewujudkan keamanan di peringkat antarabangsa,” kata Abdullah di Istana Presiden, Jakarta semalam.

Jelas beliau, anugerah itu dinamakan sempena nama cucu Nabi Muhammad SAW, Saidina Hasan yang dipandang tinggi dalam kalangan umat Islam.

Abdullah menyerahkan anugerah itu kepada Jokowi dengan diiringi Menteri Setiausaha Kerajaan Negeri, Pratikno.

Menurut Pratikno, anugerah itu sangat berprestij dan menjadi penghormatan kepada masyarakat Indonesia.

“Bagi Presiden Jokowi dan seluruh rakyat Indonesia, ini adalah anugerah yang luar biasa. 

“Adalah menjadi penghormatan besar bahawa Jokowi telah diberi kepercayaan sebagai pemimpin yang menyebarkan mesej dan budaya keamanan kepada dunia,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI