fbpx

Him-chan masuk mahkamah kes gangguan seksual

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HIM HIM-CHAN

SELEPAS menjalani hukuman penjara pada 2018, bekas ahli kumpulan B.A.P iaitu Kim Him-chan akan berdepan satu lagi perbicaraan kes gangguan seksual Disember depan.

Menurut laporan, Him-chan akan menjalani pertuduhan atas kesalahan melakukan gangguan seksual pada 14 Disember di Mahkamah Daerah Barat Seoul.

Pelantun lagu Reason Of My Life itu didakwa tanpa tahanan dengan tuduhan melakukan kes gangguan seksual terhadap dua orang wanita di dalam sebuah bar di Hannam-dong pada 17 April lalu.

Salah seorang wanita terbabit merupakan warga asing, manakala seorang lagi ialah warga tempatan.

Terdahulu, Him-chan terbabit dengan kontroversi selepas membuat percubaan gangguan seksual seorang wanita pada 2018.

Dia dijatuhi hukuman penjara selama 10 bulan dan 40 jam menjalankan program pemulihan pesalah seks di mahkamah perbicaraan yang dirayunya pada Februari tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI