fbpx

Hampir seluruh negara dilanda hujan lebat, ribut petir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Amaran ribut petir dikeluarkan melibatkan sebahagian besar kawasan di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak pada petang ini sehingga pukul 9 malam nanti.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu) serta Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang.

Selain itu, seluruh negeri Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka turut mengalami cuaca buruk sepanjang tempoh sama.

Tambah MetMalaysia, bagi negeri Pahang pula, antara daerah yang terkesan adalah Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Temerloh.

“Hujan lebat serta ribut petir juga melanda Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat dan Pontian).

“Cuaca sama turut berlaku sekitar Sarawak melibatkan Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu, Miri (Subis, Beluru dan Marudi) dan Limbang.

“Di Sabah, ia merangkumi kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Tongod dan Kinabatangan) dan Kudat serta Labuan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Jelas MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI