fbpx

EPL: Hilang pemain tonggak punca Chelsea hambar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
CHELSEA turun ke tangga ketujuh selepas mencatat kekalahan keempat apabila tewas berdepan Arsenal di Stamford Bridge kelmarin. – AFP

LONDON – Chelsea mula dicemuh penyokong sendiri selepas menampilkan aksi hambar ketika tewas 0-1 kepada Arsenal pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berlangsung di Stamford Bridge kelmarin.

Kekalahan itu menyebabkan hasrat The Blues untuk berada dalam kelompok empat teratas kian pudar apabila mereka kini menghuni tangga ketujuh, lima mata di belakang pasukan tangga keempat, Tottenham Hotspur.

Pengurus Chelsea, Graham Potter tanpa berselindung meng­akui, Arsenal merupakan pasukan lebih baik pada perlawanan itu, sekali gus layak untuk membawa pulang tiga mata ke Emi­rates.

“Anda semua boleh lihat perbezaan dari segi keyakinan pemain serta barisan pemain. Mereka memiliki struktur yang baik dan pemain-pemain boleh membentuk kerjasama ketika di atas padang.

“Kami tidak berada pada situa­si terbaik ketika ini dan saya perlu akui, Arsenal layak untuk menang. Mungkin ia sesuatu yang sukar untuk ditelan, tetapi saya jadikan kekalahan ini sebagai pengajaran,” katanya.

Beliau juga percaya ketiadaan beberapa pemain utama seperti Kepa Arrizabalaga, Ben Chilwell, Reece James dan Wesley Fofana sedikit sebanyak mengganggu corak permainan The Blues.

“Semua orang perlu faham Chelsea masih berada di awal proses perubahan, diselangi pula dengan beberapa isu kecederaan. Pemain-pemain ada idea, namun sukar untuk keluarkannya di atas padang,” ujar Potter. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI