fbpx

Bersalin doktor lelaki dikategorikan keadaan darurat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang ustaz tampil menjawab isu penceramah bebas, Siti Afifah Shahbudin yang melabel suami sebagai dayus jika membenarkan isteri bersalin dengan doktor lelaki.

Seorang ustaz juga doktor, Fawwaz Fazli berkata keadaan sewaktu bersalin adalah disifatkan sebagai kategori darurat dan menyelamatkan anak dan isteri adalah perkara yang lebih utama.

“Apabila melibatkan isu bersalin, perkara penting yang perlu difikirkan adalah nyawa bayi dan ibu tersebut tanpa mengira warna kulit atau jantina doktor yang menyambut kelahiran anak itu.

“Dalam bidang perubatan, isu jantina atau agama bukanlah perkara utama yang perlu dititkberatkan melainkan aspek kepakaran kerana siapa yang pakar atau mahir maka dia akan maju ke hadapan,” jelas penceramah bebas yang terlibat dengan bidang perubatan hampir 15 tahun itu.

Menurutnya lagi, hal yang terpenting adalah mampu melaksanakan persalinan dengan lancar tanpa mengira jantina atau agama doktor yang menyambut kelahiran tersebut.

Merujuk kepada sebuah hadis ada disebutkan, ‘Nabi bertanya kepada seorang pakar perubatan, siapa yang lebih pakar di antara kamu’ yang jelas membuktikan bahawa kepakaran adalah yang terpenting.

Tambah Fawwaz, di negara ini bilangan doktor pakar wanita adalah kurang kerana untuk menjadi seorang yang pakar dalam bidang ini bukanlah sesuatu yang mudah, pengajian juga sangat sukar dan memakan bertahun-tahun masa.

“Terdahulu, terdapat kes di sebuah hospital dan suaminya merupakan seorang yang kuat agama. Dia enggan membenarkan doktor lelaki menyambut kelahiran anaknya dan pada akhirnya, si isteri menanggung kesakitan.

“Akhirnya apabila isterinya berada dalam kesakitan, suami yang dalam ketakutan itu meminta maaf kepada doktor dan memohon pertolongan daripadanya. Itulah yang membezakan antara kuat agama dan memahami agama,” jelas Fawwaz menerusi rancangan television, Tanyalah Ustaz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI