fbpx

UMNO gugur 4 ahli termasuk Shahidan Kasim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Shahidan, Ismail, Zahidi dan Azhar.

PETALING JAYA – Penyandang kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kasim antara empat ahli yang digugurkan keahlian UMNO hari ini.

Setiusaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pengguguran keahlian tersebut dilakukan setelah didapati mencalonkan diri bertanding mewakili parti lawan pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas proses penamaan calon diterima Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sabtu lalu.

“Empat ahli berkenaan ialah Datuk Zahidi Zainul Abidin yang bertanding sebagai calon bebas bagi kawasan Padang Besar, Datuk Seri Shahidan Bin Kassim (Parlimen Arau), Datuk Seri Ismail Abd Muttalib (Parlimen Maran) dan Datuk Azhar Ahmad bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kuala Perlis.

“Pengguguran keahlian keempat-empat mereka ini adalah selaras dengan Fasal 20.11 Perlembagaan UMNO yang menyebut; seseorang ahli yang menang bertanding dan meninggalkan parti atau bertanding sebagai calon bebas atau parti lawan dalam pilihan raya Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri akan gugur keahlian dengan sendirinya,” katanya.

Tambah Ahmad, dengan pengguguran keahlian tersebut, jawatan mereka di peringkat UMNO Bahagian akan dipangku oleh Timbalan Ketua UMNO Bahagian yang berkenaan.

Katanya lagi, UMNO juga ingin menegaskan, beberapa ahli lain termasuk mereka yang dilihat mengiringi empat calon berkenaan semasa proses penamaan calon yang boleh disifatkan sebagai menyokong calon parti lawan kini sedang dalam proses siasatan sebelum tindakan lanjut diambil. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI