fbpx

Twitter minta pekerja dipecat kembali bekerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BEBERAPA pekerja Twitter yang dipecat diminta kembali bekerja dengan sebilangan mereka mendakwa diberhentikan secara silap. - AFP

SAN FRANCISCO, CALIFORNIA – Dua hari selepas Twitter memberhentikan hampir 50 peratus kakitangannya, laman perkongsian sosial  dimiliki oleh  Elon Musk itu menghubungi berpuluh-puluh pekerja yang dipecat supaya kembali bekerja, lapor laman berita Wion News semalam.

Menurut beberapa laporan,  puluhan pekerja diminta untuk kembali ke syarikat itu kerana diberhentikan ‘secara silap’.

Laporan sama menjelaskan, sebilangan pekerja diambil semula selepas pihak pengurusan menyedari bahawa kepakaran mereka diperlukan untuk membina ciri-ciri baharu yang diperlukan oleh Musk.

Twitter sebelum ini memecat hampir 50 peratus pekerjanya termasuk memberhentikan keseluruhan pasukan hak asasi manusia dan ‘semua kecuali dua pasukan teknologi kepintaran buatan (AI) yang beretika’. 

Ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Volker Turk dalam sepucuk surat terbuka berkata, langkah itu bukanlah ‘permulaan yang baik’.

Ciapan yang dimuat naik oleh pekerja-pekerja Twitter mendedahkan bahawa kakitangan jabatan produk dan kejuruteraan, serta pasukan yang bertanggungjawab ke atas komunikasi, penyusunan kandungan, hak asasi manusia dan etika pembelajaran mesin telah diberhentikan.

Berikutan pengambilalihan Musk, Twitter memecat hampir 3,700 kakitangan pada minggu ini melalui notis pemberitahuan secara e-mel dalam usaha untuk mengurangkan kos.

Musk dalam satu ciapan memberitahu bahawa pengurangan pekerja itu disebabkan kerugian besar dialami syarikat yang baru dibelinya. 

“Mengenai pengurangan tenaga kerja Twitter, malangnya kami tiada pilihan apabila syarikat rugi lebih AS$4 juta( RM18.99 juta) sehari,” kata Musk dalam satu kenyataan. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI