AKTOR kacak Theo James menjadi perhatian peminat apabila melakonkan babak bogel dalam drama terbaharunya, The White Lotus.
Keadaan tersebut sekali gus membuatkan peminat teruja apabila babak tersebut bukan sahaja menonjolkan James dalam keadaan bogel, bahkan turut menampakkan bahagian kemaluannya.
Babak berkenaan tidak disunting sehingga mendedahkan punggung dan kemaluan pelakon berusia 37 tahun itu.
“Saya tidak kisah dan selesa dengan babak yang tidak disunting itu. Saya menganggap bogel satu tindakan semula jadi manusia,” katanya.
Menerusi babak kontroversi tersebut, James yang memegang watak Cameron Babcock sedang menukar pakaian dan berbogel di belakang Harper Spiller lakonan Aubrey Plaza.
Bukan hanya James yang tidak berpakaian, malah ada pelakon lain turut berbogel untuk babak tertentu naskhah The White Lotus musim kedua tersebut.