fbpx

Suami kelentong isteri harga robot mainan Optimus Prime 1.7 juta rupiah cuma 300 ribu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan senario isteri lelaki tersebut menunjukkan harga asal mainan yang dibelinya. - Instagram

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan seorang lelaki diketahui berbohong kepada isterinya mengenai harga mainan yang dibeli, lapor portal berita Wolipop.

Lelaki itu mengaku bahawa harga mainan yang dibelinya iaitu sebuah robot Transformers adalah murah tetapi sebenarnya mahal. Dia memuat naik video tersebut dalam akaun Instagram @dudi_r. 

“Ini hanya 300 ribu rupiah (RM90) ma, murah ya,” demikian kapsyen pada video tersebut.

Wanita itu bagaimanapun tidak mempercayai suaminya dan segera menyemak harga mainan tersebut di internet. Dia kemudian menunjukkan harga sebenar mainan itu kepada suaminya yang kemudian panik.

Wolipop menghubungi lelaki tersebut, Dedi Rosidhy untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kejadian yang berlaku.

Dedi yang tinggal di Tebet, Jakarta Selatan kemudian menjelaskan harga sebenar mainan itu.

“Mainan itu adalah kit model Yolo Park Optimus Prime, harganya 1.7 juta rupiah (RM513), saya mengaku kepada isteri harga hanya 300 ribu rupiah (RM90),” katanya.

Dedi menjelaskan bahawa kejadian itu berlaku pada 14 September lalu di rumahnya selepas pulang dari menghadiri acara Battle of the Toys 2022.

Dia seterusnya menasihati para suami di luar sana untuk bersikap jujur kepada isteri masing-masing tentang harga mainan yang dibeli. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI