fbpx

Status Tian Chua, saya tidak tahu – Fahmi Fadzil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tian Chua hadir pada penamaan calon sempena Pilihan Raya Umum ke-15 di Pusat Penamaan Calon Parlimen Batu P.115 yang diadakan di SMK Sentul Utama baru-baru ini. GAMBAR - AMIR KHALID

KUALA LUMPUR – Status mengenai penyandang kerusi Perlimen Batu, Tian Chua yang bertanding di atas tiket bebas masih tidak diputuskan oleh pimpinan Parti Pakatan Rakyat (PKR).

Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil berkata, buat masa ini dia masih tidak tahu mengenai kedudukan Ahli Parlimen itu sama ada dibuang parti atau tidak.

“Saya tidak tahu dan saya tidak ada peluang bercakap dengan pimpinan tertinggi parti kerana kempen sudah bermula.

“Bagi tujuan praktikal sokongan kami kepada Prabakaran di Batu. Apa-apa pun, Prabakaran bagi Batu,” katanya selepas ceramah di Lucky Garden, Bangsar, semalam.

Bagaimanapun, Fahmi meminta supaya menunggu pengumuman rasmi dari PKR berhubung keahlian Tian Chua.

Terdahulu, ketika penamaan calon kelmarin, Tian Chua bagi kerusi Parlimen Batu, beliau bertanding sebagai calon bebas selepas berkhidmat sebagai wakil rakyat kawasan itu selama dua penggal di bawah Pakatan Rakyat dan Pakatan Harapan.

Bekas naib presiden PKR itu digugurkan parti bagi membuka laluan kepada Prabakaran mempertahankan kerusi Batu yang dimenanginya pada 2018, ketika Tian Chua ditolak pencalonannya daripada bertanding.

Sebelum ini, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli, berkata parti akan berbincang berhubung keputusan Tian Chua bertanding selepas pilihan raya umum nanti.

Sebelum itu, Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, mana-mana ahli parti bertanding sebagai calon bebas secara automatik dipecat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI