fbpx

‘Selamat berjaya papa’ – Dafi Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DAFI berharap, semua calon PRU15 akan bertanding dengan semangat yang positif.

PETALING JAYA – Penyanyi Dafi Ismail menzahirkan kata-kata semangat buat bapanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang bertanding bagi kerusi Parlimen Bera sempena Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November depan.

Ujar Dafi atau nama sebenarnya Gadaffi Ismail Sabri Yaakob, 34, sokongan yang diberikan terhadap bapanya tidak berbelah bahagi.

“Kini semua telah bermula, saya ingin mengucapkan selamat berjaya kepada calon P090 iaitu papa.

“Kami sayang dan menyokong anda. Lakukan semua yang anda rasakan terbaik,” kata bekas bintang Akademi Fantasia musim kelima itu.

Pelantun lagu Bila Terasa Rindu itu juga tidak ketinggalan meminta orang ramai menghormati pilihan pihak lain dalam menzahirkan sokongan terhadap mana-mana parti yang bertanding.

“Selamat berjaya juga kepada semua calon lain yang akan bertanding tidak kiralah dari parti mana pun.

“Semoga kita semua akan melalui PRU kali ini dengan semangat bersaing yang positif.

“Hormatilah pilihan orang lain seperti yang mereka lakukan terhadap kita juga. Hak masing-masing, selamat berjaya Malaysia,” katanya lagi.

Edisi PRU kali ini menyaksikan Ismail Sabri berdepan dua pencabar iaitu calon Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional (PN) dalam misinya untuk mempertahankan kerusi Parlimen Bera.

Sejak bapanya memegang jawatan Perdana Menteri pada tahun 2020, nama Dafi sering menjadi bualan netizen.

Malah, jawatan disandang Ismail Sabri juga mencetuskan gelaran ‘bapak Dafi’ daripada netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI