fbpx

Puluhan ribu berarak di Itali desak keamanan di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ORANG RAMAI berarak di Rom kelmarin dalam demonstrasi menuntut keamanan di Ukraine kelmarin. - AFP

ROM, Itali – Berpuluh-puluh ribu penduduk Itali berarak di Rom kelmarin yang menyaksikan mereka menggesa keamanan di Ukraine dan meminta kerajaan Itali menghentikan penghantaran senjata untuk melawan pencerobohan Russia.

“Katakan tidak terhadap perang. Tidak terhadap penghantaran senjata”, demikian maksud slogan yang tertera pada sepanduk kumpulan penunjuk perasaan, dengan peserta protes menjerit ‘beri peluang kepada keamanan’.

Itali yang merupakan antara negara pengasas NATO, telah menyokong Ukraine sejak perang bermula termasuk membekalkan senjata kepada Kiev.

Perdana Menteri, Giorgia Meloni bagaimanapun berkata, dasar kerajaan mengenai perang Ukraine tidak berubah, malah Rom akan menghantar lebih banyak senjata tidak lama lagi.

Protes aman itu dihadiri oleh kira-kira 30,000 orang, kata polis Rom kepada media Itali.

“Itali menghantar senjata pada awal perang Ukraine dengan alasan ia akan menghalang perang daripada menjadi lebih besar,” kata penunjuk perasaan Roberto Zanotto kepada AFP.

Sembilan bulan kemudian, perang ini semakin buruk. Bersandarlah pada fakta, penghantaran senjata hanya membantu menyemarakkan peperangan,” kata penunjuk perasaan, Roberto Zanotto

Seorang lagi pelajar, Sara Gianpietro berkata, penghantaran bantuan senjata menyebabkan konflik Ukraine berlanjutan dan memberikan kesan buruk kepada  ekonomi serta hak asasi manusia.

Sementara itu, menteri-menteri luar negara Kumpulan Tujuh (G7) termasuk Itali berikrar pada Jumaat lalu untuk terus menyokong Ukraine dalam memerangi Russia. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI