fbpx

PRU15: Tengku Zafrul tawar empat teras, 50 inisiatif bantu rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul beramah mesra dengan peniaga pada program lawatan di Pantai Remis, Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Calon Barisan Nasional (BN), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menawarkan empat teras utama inisiatif membantu rakyat sekiranya memenangi kerusi Parlimen Kuala Selangor.

Menteri Kewangan itu berkata, inisiatif itu memfokuskan kepada semua kelompok terutama golongan B40 dan M40.

Empat teras itu meliputi infrastruktur dan pengangkutan awam selain kebajikan, kemasyarakatan dan peningkatan mutu kehidupan.

“Selain itu, saya mahu menumpukan kepada pekerjaan dan perniagaan serta pendidikan dan peningkatan kemahiran,” katanya ketika ditemui selepas meninjau gerai peniaga di Pantai Remis di sini, hari ini.

Tengku Zafrul memberitahu, teras itu merangkumi 50 cadangan inisiatif yang ditawarkan kepada rakyat daerah ini.

“Menerusi banyak sesi turun padang, saya mendengar dan menghayati lebih 50 isu tempatan di kawasan parlimen ini. Justeru, saya mahu membantu menyelesaikannya jika diberi mandat menjadi wakil rakyat,” ujarnya.

Jelas beliau, kesemua inisiatif dalam bentuk risalah itu akan dimuat naik di media sosial dalam tempoh terdekat. -KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI