fbpx

PRU15: Sokongan pengundi Cina kepada PH menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Isham ( tengah) bersama pengundi belia yang disantuninya di sebuah restoran sekitar Seksyen 7, Shah Alam.

SHAH ALAM – Barisan Nasional (BN) perlu mengambil kesempatan dalam menarik lebih ramai pengundi terutama kalangan kaum Cina yang dikatakan semakin menurun keyakinan mereka kepada Pakatan Harapan (PH).

Calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Shah Alam, Hizatul Isham Abdu Jalil berkata, berdasarkan kajian sebuah agensi media mendapati sokongan pengundi Cina kepada PH menurun lebih 30 peratus.

Katanya, ini selepas keyakinan pengundi kaum itu kepada PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) adalah 95 peratus berbanding kini hanya 68 peratus.

“Penurunan lebih 30 peratus menunjukkan kemerosotan teruk dari segi keyakinan pengundi Cina kepada PH.

“Bagi Selangor, sokongan itu menurun dikatakan kegagalan kerajaan negeri dalam menangani isu harga rumah serta sistem bekalan air yang baik,” katanya ketika ditemui semasa kempen mengundi di sekitar Seksyen 7, di sini.

Sehubungan itu, beliau menangkis dakwaan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang menyatakan PH mampu menang semua kerusi Parlimen di Selangor seperti dikatakan di satu siri ceramahnya di Pandan Sabtu lalu.

“Jadi apa asas Rafizi. Saya tidak mahu layan sangat retorik Rafizi ini kerana fokus saya adalah untuk memberi dan menjalankan kempen PRU15 yang positif di Parlimen Shah Alam ini,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI