fbpx

PRU15: Silat dekatkan saya dengan pengundi muda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Megat (dua dari kiri) ketika bertemu penyokongnya di Gombak.

GOMBAK – Calon Barisan Nasional (BN) bagi Parlimen Gombak, Datuk Megat Zulkarnain Omardin menyifatkan silat merupakan medan baginya untuk berhubung dengan golongan muda.

Jelas Presiden Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) itu, sebelum undi 18 tahun diluluskan lagi, dia sudah lama ada ‘hubungan’ dengan golongan muda melalui penyertaan silat di Parlimen tersebut.

“Orang muda ini kita tahu mereka suka bersukan dan antara sukan yang rapat dengan mereka adalah silat.

“Di Gombak ini pusat bagi persatuan silat, pelbagai pertubuhan ada. Sudah lama saya dekati mereka dan saya percaya mereka juga dekat dengan saya,” jelasnya kepada Kosmo! semalam.

Ditanya berkenaan dua lagi calon lawannya yang dikatakan lebih menyerlah dan merupakan nama besar jelas Megat, semua itu bukan penentu apa yang penting adalah sokongan rakyat Gombak.

“Saya akui mereka kuat tapi jentera BN di sini sudah lama bergerak, bukan baru sekarang kami buat kerja kuat di sini.

“Dengan bantuan dan sokongan rakan- rakan komponen, tiada pergolakan dalaman dan tiada soal perkhianatan sebenarnya kita sudah membina satu kekuatan yang baharu di Gombak ini.

“Saya akui agak sukar dan bukan sesuatu yang mudah tetapi ia tidak sukar dan mustahil,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI