fbpx

PRU15: Sekarang pun saya bukan PM – Ahmad Zahid

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid (kiri) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (dua dari kiri).

BAGAN DATUK – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi sekali lagi mengulangi pendiriannya tiada isu Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjadi Perdana Menteri jika Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ini.

Menurutnya, ketika ini pun beliau tidak menjadi Perdana Menteri atau menyandang apa-apa jawatan dalam kerajaan walaupun menjadi Presiden UMNO dan Pengerusi BN.

“Tiada isu beliau (Ismail Sabri) bukan calon PM (Perdana Menteri) (jika BN menang), kita lihat poster beliau (Ismail Sabri) ada di mana-mana termasuk di Bagan Datuk,” katanya pada sidang akhbar di kediamannya di Kampung Sungai Nipah Darat di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kempen pembangkang yang terus menggunakan isu mendakwa Ahmad Zahid akan mengenepikan Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri jika BN memenangi PRU15.

Menurut Ahmad Zahid, pembangkang akan menggunakan apa sahaja isu yang boleh memberi kemenangan kepada mereka.

Jelas beliau, apa yang penting bagi BN ketika ini ialah harus melepasi jumlah kerusi diperlukan untuk membentuk kerajaan.

“Jadi, perkara itu tidak perlu ditimbulkan kerana proses untuk menjadi Perdana Menteri bukan hanya di tangan parti politik yang mempunyai gabungan parti-parti yang pelbagai di dalamnya tetapi juga kita harus menghormati kuasa mutlak Yang di-Pertuan Agong.

“Perkara 43 (2)(1) Perlembagaan Negara menyatakan Yang di-Pertuan Agong boleh melantik mana-mana ahli Dewan Rakyat yang pada hemat baginda mempunyai sokongan majoriti di dewan tersebut,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI