fbpx

PRU15: Saya tak malu digelar ‘YB Pampers’ – Noor Azman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azman.

BAGAN SERAI – Calon Perikatan Nasional (PN), Noor Azman Ghazali yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Pongsu tidak berasa malu digelar ‘YB Pampers’.

Menurutnya, ada pihak lawan yang menggelarnya dengan perkataan itu namun ia tidak menjejaskan semangatnya untuk terus berusaha dalam gerak kerjanya di lapangan bagi memenangi kerusi itu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

“Saya dilabelkan begitu kerana hasil gerak kerja saya dalam menghulurkan bantuan kebajikan kepada golongan asnaf yang ditimpa musibah sakit dan memerlukan lampin pakai buang.

“Saya sikit pun tidak berasa malu dengan panggilan itu dan ia jelas menunjukkan selama ini saya sering membantu golongan susah yang amat memerlukan bantuan,” katanya ketika ditemui di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Matang Gerdu di sini hari ini.

Noor Azman berkata, dia tidak sedikit pun berasa malu atau terkesan dengan apa yang dilakukannya sebaliknya bangga dapat membantu orang susah.

” Bagi golongan yang bekerja, lampin RM18 hingga RM 20 itu mungkin kecil nilainya tapi bagi orang susah ia mahal.

” Sebenarnya kita menerima sumbangan hampir satu treler dan kebetulan di Bagan Serai ramai yang terlantar dan sakit maka kita beri sumbangan kepada mereka yang memerlukannya,” katanya.

Tambahnya, segala tindakannya untuk membantu rakyat di Bagan Serai tetap akan diteruskan walaupun dilabel dengan gelaran begitu.

“Buat apa nak malu, benda elok. Lebih bagus dari pihak mengata macam-macam dan mereka sendiri pun tidak menyumbang apa-apa kepada rakyat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI