fbpx

PRU15: Rina nafi lap tangan selepas bersalaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video tular memaparkan Rina bersalaman dengan seseorang sebelum dilihat seolah-olah mengelap tangan pada pakaian ibunya yang mendapat kecaman daripada pengguna media sosial.

SEPANG – Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Sepang, Datuk Seri Rina Mohd. Harun menyangkal ada mengelap tangan di pakaian ibunya, selepas bersalaman dengan seseorang.

Sebaliknya, beliau menjelaskan bahawa individu yang bersalaman itu ialah pegawainya dan beliau hanya merehatkan belakang tangan, bukan bahagian telapak seperti didakwa netizen.

“Saya berharap agar netizen dapat elak buat tuduhan tidak berasas dan negatif kerana apa yang ditohmahkan itu adalah jelas tidak benar sama sekali,” katanya ketika ditemui pemberita.

Terdahulu, beliau hadir menyaksikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memproses undi pos melibatkan sejumlah 51 pemilih kerusi tersebut yang tidak hadir kerana berada di luar negara.

Sejak semalam, pengguna media sosial tempatan kecoh dengan video tular yang memaparkan insiden Rina mengelap tangannya di pakaian ibunya, Taiyibah Rusli setelah bersalaman.

Insiden dirakamkan ketika hari penamaan calon pada Sabtu lalu itu ditonton lebih 3,000 kali dan menerima banyak komen negatif termasuk menuduh aksi beliau sebagai kurang sopan.

Mengulas lanjut, beliau berharap individu yang memfitnah dirinya itu supaya menghentikan segera perbuatan mereka kerana perkara sedemikian kurang baik dan dilaknat Allah S.W.T.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI