fbpx

PRU15: PKR tak selamat di Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WSE TSE (tengah) bersama penyokong ketika mengadakan kempen di Taman Gaya, Johor Bahru, Johor, malam semalam.

JOHOR BAHRU – Perubahan landskap politik pada hari ini menyebabkan tidak timbul istilah ‘kerusi selamat’ bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di negeri ini pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Calon Pakatan Harapan (PH) di Parlimen Tebrau, Jimmy Puah Wee Tse berkata, keadaan itu menyebabkan sukar untuk menentukan bahawa parti itu dapat mempertahankan kerusi yang dimenangi dengan majoriti besar pada PRU14.

Naib Presiden PKR Johor itu berkata, perkembangan itu membuatkan parti tersebut perlu bekerja keras untuk memastikan gabungan itu menjadi pilihan rakyat pada PRU15 ini.

“Sebagai contoh di Parlimen Tebrau ini, ia bukan lagi kerusi yang menjanjikan majoriti sokongan besar terhadap PKR. Sukar untuk meramalkan pengundi di situ kini cenderung kepada parti mana.

“Terdapat beberapa sebab menyebabkan situasi ini berlaku termasuk Langkah Sheraton yang sehingga kini memberi kesan kepada penyokong setia PH,” katanya selepas Ceramah Megah Johor di Taman Gaya di sini malam semalam.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI