fbpx

PRU15: Muhammad Noor terima reaksi positif, umum manifesto esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhammad Noor mendekati masyarakat di Klinik Kesihatan Pelabuhan Klang, hari ini.

KLANG – Kehadiran Muhammad Noor Azman sebagai calon generasi muda mewakili Barisan Nasional (BN) Parlimen Kapar diterima baik masyarakat sekitar.

Muhammad Noor yang juga Ketua Pemuda UMNO Kapar berkata, berdasarkan kempen dilaksanakan setakat ini mendapati pengundi mahu wakil dari orang muda yang lebih segar idea dan pendekatannya.

Katanya, beliau akan mencuba sedaya upaya menemui keseluruhan pengundi dalam memecahkan tembok kerusi Parlimen tersebut yang kini disandang Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid dari
Pakatan Harapan (PH).

“Setakat ini, sambutan diterima amat menggalakkan dengan pengundi ditemui memaklumkan mahu wakil rakyat yang masih muda yang mampu menjalankan tugas di Parlimen Kapar.

“Sekiranya dipilih menjadi ahli Parlimen Kapar, saya berjanji akan melaksanakan tanggungjawab yang diberikan lebih 100 peratus,” katanya ketika ditemui ketika kempen mengundi di Klinik Kesihatan Pelabuhan Klang, di sini, hari ini.

Jelas beliau, manifesto khas akan dimaklumkan kepada para pengundi esok dengan berteraskan empat tunjang iaitu isu anak muda, pembangunan
infrastruktur, pemantapan pendidikan dan perkhidmatan.

Tambah Muhammad Noor, segala isi manifesto tersebut direncanakan berdasarkan pemerhatiannya di kawasan tersebut lebih tiga tahun kebelakangan ini. – KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI