fbpx

PRU15 : Jangan terpengaruh ramalan kemenangan PH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KA Siong (dua dari kiri) ketika lawatan di Pusat Kegiatan Desa di Permatang Damar Laut, di sini hari ini.

BAYAN LEPAS – Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Wee Ka Siong mengingatkan semua pihak agar tidak terpengaruh dengan keyakinan veteran DAP, Lim Kit Siang mengenai kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Wee Ka Siong berkata, apa sahaja ramalan mengenai kemenangan PH yang diperkatakan oleh Kit Siang pada ketika ini adalah strategi DAP semata-mata.

”Apa sahaja yang Kit Siang kata tentunya dia mahu menjadi seorang yang opitimis, ini strategi dia. Sejak bila kita dengar cakap Kit Siang, sebelum ini dia katakan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai pemimpin yang korup tetapi kemudian mereka berbaik semula, DAP sendiri tidak konsisten.

”Jadi, untuk mereka menang dalam pilihan raya ini, mula-mula dia (Kit Siang) kata peluang PH 50-50, kemudian 60-40, dan saya tidak terkejut jika esok kata 80-20 malah nanti 100- 0 pula,” katanya pada sidang akhbar selepas melawat Pusat Kegiatan Desa di Permatang Damar Laut, di sini hari ini.

Wee Ka Siong berkata, jentera parti akan tetap bekerja keras dalam tempoh 12 hari akan datang dan beliau dengan rendah hati memohon sokongan rakyat.

”Saya cuma nak beritahu (Kit Siang) jangan terlalu sombong. Saya tahu kita boleh menang di beberapa kerusi. Tetapi tolong jangan terlalu sombong,” katanya.

Dalam pada itu, mengulas kenyataan Naib Pengerusi DAP Pulau Pinang, Zairil Khir Johari bahawa Pulau Pinang akan terus diketepikan oleh kerajaan persekutuan jika BN atau Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan, Ka Siong berkata, sebelum ini pemimpin PH iaitu Lim Guan Eng juga pernah menjadi Menteri Kewangan selama 22 bulan.

”Ketika itu dia (Guan Eng) diberikan kuasa dan boleh buat apa sahaja semasa PH memerintah, tolong berlaku adil kepada kami kerana kamu (PH) pernah menjadi parti pemerintah dan tiada siapa halang ketika itu.

”Sekarang ini mereka mahu menyalahkan pihak lain pula, kamu janji nak hapuskan tol, tapi tak buat pula,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI