fbpx

PRU15: Kerajaan BN tak pernah tinggalkan Felda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahli UMNO, Jariah Wahab, 70 mewakili UMNO Felda Sebertak menyerahkan cenderahati yang memaparkan muka figura Ismail Sabri Yaakob semasa berkempen pada tahun 2004 pada Program Kenduri Rakyat di Dewan Semai Bakti Felda Sebertak, di Bera hari ini.

BERA – Felda tidak pernah ketinggalan menerima pelbagai insentif sejak awal penubuhan tanah rancangan itu, sekali gus mencerminkan bahawa warga Felda sentiasa istimewa kepada kerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, selain daripada pembangunan yang dibangunkan di Felda, kemudahan infrastruktur juga tidak diabaikan.

“Saya hendak ulas apa yang diberikan kerajaan kepada Felda. Macam-macam yang diberikan. Contohnya, pada Hari Peneroka Kebangsaan Peringkat Kebangsaan pada Julai lalu, sebanyak RM66,000 telah diberikan kepada setiap Felda untuk pembangunan infrastruktur di tanah rancangan masing-masing.

“Sebelum ini kerajaan (Barisan Nasional) beri RM50,000, tetapi dihentikan seketika semasa pemerintahan Pakatan Harapan (PH) selama 22 bulan itu. Tetapi selepas kita ambil alih semula pemerintah, kita sambung semula dana ini malah menambah peruntukan sebanyak RM66,000.

“Selain itu, pelbagai kemudahan lain juga disediakan termasuk untuk generasi Kedua Felda. Contohnya, Skim Kredit Perumahan dan lot-lot tanah yang disediakan bagi membolehkan mereka membuat pilihan boleh beli tanah lot Felda pula,” katanya pada Program Kenduri Rakyat di Dewan Semai Bakti Felda Sebertak, di sini hari ini.

Jelasnya, pembangunan di Felda dalam Parlimen Bera juga tidak dinafikan, apabila banyak peruntukan yang disediakan di kawasan ini.

“Saya sebagai Perdana Menteri, hendak maklumkan bahawa bagi menangani masalah air dalam Felda sebanyak RM140 juta telah mendapat kelulusan untuk menyelesaikan masalah ini.

“Begitu dengan jalan raya, sebelum ini, saya masuk ke Felda Mayam, jalan banyak rosak tetapi sekarang sudah dibaiki dan diturap dengan tar. Namun, bagi jalan-jalan kampung Felda yang rosak, saya akan maklum kepada Pengerusi Felda supaya tindakan segera boleh diambil,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI