fbpx

PRU15: Cuepacs cadang cuti umum khas 18 November ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Adnan Mat

PETALING JAYA- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mencadangkan cuti umum khas pada 18 November ini sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Presidennya, Datuk Adnan Mat berkata, langkah itu bagi membolehkan rakyat mempunyai masa mencukupi pulang ke kampung bagi tujuan mengundi.

“Meskipun tarikh mengundi pada Sabtu dan kebanyakan rakyat tidak bekerja hari tersebut, cuti umum tambahan sehari (Jumaat) wajar diberi memandangkan ramai mengundi bukan di lokasi kerja.

“Ada dalam kalangan pengundi yang perlu melakukan perjalanan lebih empat jam bagi menunaikan tanggungjawab untuk mengundi.

“Begitu juga penduduk Labuan, Sabah dan Sarawak di Semenanjung, jadual penerbangan terhad mungkin menyukarkan mereka pulang pada hari mengundi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Adnan berkata, walaupun setiap pekerja mempunyai cuti tahunan, Cuepacs bimbang ada majikan tidak membenarkan mereka memohon cuti awal.

Justeru, katanya, pemberian cuti umum khas sehari itu sudah pasti boleh mengelakkan perkara sedemikian daripada berlaku.

Dalam pada itu, katanya, Cuepacs berharap syarikat penerbangan tidak menaikkan harga tiket sebelum dan selepas hari pengundian.

Kata beliau, tidak wajar syarikat penerbangan mengambil kesempatan dan pihak berkuasa perlu memantau perkara itu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI