fbpx

PRU15: Calon bebas mahu perpaduan, bukan pecah undi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Jamal (baju batik) yang memulakan kempen secara bersemuka sedang mendengar luahan penduduk di Taman Sri Reko, Bangi di sini hari ini.

BANGI – Penyertaan calon bebas Parlimen Bangi, Prof. Dr. Jamal Hisham Hashim dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) bukanlah untuk memecah undi tetapi menyatupadukan rakyat.

Beliau berkata, kebebasan bertanding dan mengundi adalah hak mutlak setiap rakyat yang dijamin Perlembagaan Malaysia malah kemungkinan hilangnya wang deposit telahpun diambil kira.

“Bukan niat saya untuk memecah-belahkan orang Melayu. Atas tiket bebas, saya ingin membawa pembaharuan kepada senario politik negara yang terlalu taksub kepada parti menyebabkan berlakunya berpuak-puak.

“Selama ini, kita telah dipecah-belahkan oleh ahli politik dan parti politik yang bercakaran sesama sendiri,” katanya melalui hantaran di Facebooknya, baru-baru ini.

Jamal berkata, penyertaannya juga bagi membuka minda bukan sahaja masyarakat Melayu Islam, tetapi juga kaum dari pelbagai bangsa dan agama di Malaysia, seperti pengundi yang terdapat di Parlimen Bangi ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI