fbpx

Perancangan Amal dan Usaha (PADU) manifesto BN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Zahid ketika mengumumkan manifesto BN hari ini.

PETALING JAYA – Barisan Nasional (BN) menawarkan Perancangan Amal dan Usaha (PADU) jika parti itu menang Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, PADU adalah tawaran baharu yang segar atau ‘a new and fresh deal’ daripada BN.

“Dalam PADU terdapat 99 amal dan usaha BN yang akan menjadi panduan kami dalam mengemudi tanah air kita menjadi negara berkemajuan.

“PADU bukan janji manis dan indah. PADU bukan tentang segala-galanya percuma. PADU bukan tentang pemansuhan dan pengurangan tanggungjawab dalam serba serbi.

“Tetapi, PADU adalah pelan yang serius dan rasional. Pelan yang mempunyai sasaran yang jelas dan pelan yang BN akan amal dan usahakan dengan sebaiknya demi kemaslahatan semua,” katanya pada Pelancaran PADU yang disiarkan secara dalam talian malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI