fbpx

Pengasas Mamee Monster meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mendiang Chin Hin.

PETALING JAYA – Pengasas snek kegemaran ramai, Mamee Monster, Datuk Pang Chin Hin meninggal dunia pada usia 96 tahun, Sabtu lalu.

Pencipta pelbagai makanan ringan lain seperti Mister Potato dan keropok udang Double Decker itu menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 6.03 pagi.

Mendiang Chin Hin meninggalkan tiga anak lelaki dan tiga anak perempuan.

Mengimbau kembali kehidupan Chin Hin sebelum menjadi pengasas Mamee Monster, beliau pernah bekerja sebagai pengedar kereta terpakai sebelum rakan mengajak beliau mengusahakan produk mi segera.

Beliau kemudian membuka kilang kecil di Melaka pada 1971 dan melancarkan produk pertamanya dikenali ‘Lucky Instant Noodle’ tetapi gagal dikomersialkan.

Namun, pada 1974, anak lelakinya, Tee Chew mendapat ilham untuk menghasilkan produk mi segera yang dimakan bersama perisa tambahan selepas melihat seorang penoreh gerah menikmati hidangan itu secara mentah.

Makanan ringan tersebut yang dikenali sebagai Mamee Monster nyata menjadi batu loncatan syarikatnya untuk terus mencoret kejayaan sehingga berjaya di eskport ke serata dunia.

Pada 1992, syarikat itu dijenamakan semula sebagai Mamee-Double Decker dan menghasilkan lebih 50 makanan ringan yang menjadi kegemaran rakyat negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI