fbpx

Nenek 62 tahun lincah main kasut roda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi warga emas yang lincah meluncur menggunakan kasut beroda.

PETALING JAYA – Aksi seorang wanita warga emas yang lincah meluncur menggunakan kasut beroda mengundang rasa kagum dalam kalangan netizen.

Perkongsian video melalui akaun TikTok @hananrahman86 yang juga anak kepada wanita tersebut menyaksikan aksi santai ibunya yang berumur 62 tahun sangat aktif menggunakan kasut beroda sambil membuat gaya bebas.

Sejurus video itu telah tular, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi termasuklah rasa kagum dengan kelincahan wanita tersebut.

“Makcik memang ada gaya, tidak nampak kekok langsung makcik main kasut roda, mesti zaman muda banyak pengalaman, teruskan makcik, keluar peluh banyak nanti badan sihat” komen seorang netizen.

“Saya yang sudah lama main benda ni pun banyak kali terjatuh, makcik santai sahaja siap buat gaya bebas, tolong suruh mak awak ajar saya!,” komen netizen yang lainnya.

“Wah hebatnya mak awak, saya main kasut beroda masa muda dulu, dah tua ni tunjuk dekat anak-anak mereka sangat kagum, tapi sekarang mereka lagi handal daripada saya, kenangan sungguh benda ni,” komen netizen itu.

Sementara itu, terdapat netizen yang berpendapat permainan kasut beroda ini memang terkenal sekitar zaman 80-an dan 90-an dimana hampir keseluruhan anak muda pada ketika itu handal meluncur dengan kasut beroda.

“Ini benda zaman emak-emak kita bang, kat Klang dulu siap ada tempat khas gelanggang kasut beroda macam disko,” tulis netizen itu.

“Kasut beroda ini pernah mendunia suatu ketika dahulu, siap ada lapangan khas untuk main benda ni, seronok zaman dahulu,” kongsi netizen yang lainnya.

Setakat ini, perkongsian video yang tular itu telah meraih sebanyak lebih 400,000 tontonan, 32,200 tanda suka dengan 1896 perkongsian dan dihujani dengan pelbagai komen daripada netizen. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI